Perkara Yang Anda Perlu Mengetahui Tentang Rawatan IVF Di Malaysia

Penantian seorang cahaya mata bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Terutamanya bagi pasangan yang telah lama mencuba dan mengalami masalah kemandulan. Setelah bertahun-tahun menunggu, tentu ramai pasangan akan mencari rawatan kesuburan atau alternatif yang lain bagi meningkatkan harapan untuk hamil. Antara rawatan kesuburan yang terkenal di Malaysia adalah rawatan IVF. Soalan yang selalu diajukan oleh rakyat Malaysia adalah apa itu IVF dan apakah tips untuk meningkatkan kejayaan rawatan IVF. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rawatan IVF? IVF bermaksud “in vitro fertilization”, iaitu proses di mana telur akan disenyawakan di luar rahim wanita. “In Vitro” merujuk kepada bekas kaca yang digunakan dalam proses persenyawaan telur di dalam makmal. Persenyawaan in Vitro (IVF) asalnya dikenali sebagai bayi tabung uji. Teknologi ini mencatat kejayaan pertama di dunia pada tahun 1978 dan telah dibawa ke Malaysia di mana ramai pasangan telah melalui pengalaman IVF yang berjaya. Prosedur Rawatan IVF Kaedah rawatan IVF melibatkan proses pengekstrakan sperma dari pasangan suami dan pengeluaran ovum dari pasangan isteri. Selepas itu, sperma dan ovum akan melalui proses persenyawaan di dalam makmal. Ia dijangka bahawa pasangan suami dan isteri akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik rawatan kesuburan untuk prosedur pengekstrakan. Setelah embrio terbentuk, ia […]