Perkara Yang Anda Perlu Mengetahui Tentang Rawatan IVF Di Malaysia

Penantian seorang cahaya mata bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Terutamanya bagi pasangan yang telah lama mencuba dan mengalami masalah kemandulan. Setelah bertahun-tahun menunggu, tentu ramai pasangan akan mencari rawatan kesuburan atau alternatif yang lain bagi meningkatkan harapan untuk hamil.

Antara rawatan kesuburan yang terkenal di Malaysia adalah rawatan IVF. Soalan yang selalu diajukan oleh rakyat Malaysia adalah apa itu IVF dan apakah tips untuk meningkatkan kejayaan rawatan IVF.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Rawatan IVF?

IVF bermaksud “in vitro fertilization”, iaitu proses di mana telur akan disenyawakan di luar rahim wanita. “In Vitro” merujuk kepada bekas kaca yang digunakan dalam proses persenyawaan telur di dalam makmal.

ivf malaysia

Persenyawaan in Vitro (IVF) asalnya dikenali sebagai bayi tabung uji. Teknologi ini mencatat kejayaan pertama di dunia pada tahun 1978 dan telah dibawa ke Malaysia di mana ramai pasangan telah melalui pengalaman IVF yang berjaya.

Prosedur Rawatan IVF

Kaedah rawatan IVF melibatkan proses pengekstrakan sperma dari pasangan suami dan pengeluaran ovum dari pasangan isteri. Selepas itu, sperma dan ovum akan melalui proses persenyawaan di dalam makmal.

Ia dijangka bahawa pasangan suami dan isteri akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik rawatan kesuburan untuk prosedur pengekstrakan. Setelah embrio terbentuk, ia akan dimasukkan ke dalam rahim pasangan isteri semasa waktu subur.

Embrio akan berkembang dan pasangan isteri dapat melalui proses kehamilan seperti biasa jika proses IVF berjaya. Secara ringkasnya, satu kitaran IVF akan mengambil tempoh masa sebanyak 4 minggu hingga 6 minggu.

rawatan kesuburan

Tips Untuk Meningkatkan Kejayaan Rawatan IVF

Satu tips IVF adalah untuk menjaga tahap kesihatan fizikal kedua-dua pasangan suami dan isteri. Doktor akan mempreskripsikan senaman atau gaya pemakanan bagi meningkatkan kebarangkalian proses rawatan IVF yang berjaya.

Kedua-dua pasangan juga perlu mengamalkan diet yang lebih kurang sama dengan diet ketika wanita melalui kehamilan. Pasangan perlulah mengelakkan pengambilan alcohol dan juga kurangkan pengambilan minuman berkafein.

Pasangan juga dinasihati untuk melakukan senaman untuk cuba turunkan berat badan dan memastikan bahawa anda mendapat tidur yang secukupnya. Pasangan juga dinasihati untuk mengelakkan membuat aktiviti yang meningkatkan tekanan perasaan dan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal.

ivf proses

Harga IVF Di Malaysia

Harga IVF di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung pada mana pasangan melalui rawatan IVF. Kos rawatan IVF adalah lebih rendah di hospital kerajaan berbanding di perkhidmatan swasta. Kos di hospital kerajaan adalah di dalam anggaran minima RM 5,000.

Bagi hospital swasta, kos rawatan IVF dalam sekitar RM 10,000 hingga RM 20,000. Antara sebab kos rawatan IVF di hospital kerajaan lebih rendah adalah kerana pesakit telah diberi subsidi untuk ubat-ubatan oleh kerajaan. Namun begitu, pesakit perlu tunggu giliran mereka kerana ada banyak orang yang memohon untuk rawatan IVF di hospital kerajaan.

Peratus Kejayaan IVF

Peratus kejayaan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, jenis masalah kesuburan, atau makmal atau pusat di mana rawatan IVF dilakukan.

Seorang wanita muda yang lebih kurang berumur 30 ada peratus kejayaan rawatan IVF yang boleh menghampiri 50 peratus. Manakala, untuk wanita yang berumur 40 dan ke atas mempunyai peratus kejayaan rawatan IVF yang rendah iaitu hanya 10 peratus sahaja.

Risiko Rawatan IVF

Risiko rawatan IVF amat rendah sebab IVF proses persenyawaan dilakukan diluar rahim dan embrio dimasukkan ke dalam rahim untuk proses kehamilan yang semula jadi.

Walau bagaimanapun, wanita mungkin akan mengalami kesan sampingan selepas rawatan IVF. Kesan sampingan ini disebabkan oleh ubat kesuburan yang meyebabkan pesakit rasa mual, loya, pening, dan panas badan.

Berita baiknya adalah pesakit tidak perlu risau keterlaluan sebab doktor akan memantau keadaan pesakit dengan teliti. Proses IVF berjaya juga telah menghasilkan kemuliaan dengan kelahiran ribuan bayi di Malaysia hingga kini.